To All Muslimin And Musliman

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu...."

My best Friend











Aku ada tiga sahabat karib yang memang karib sangat-sangat. Aku happy ada diaorang ni dalam hidup aku. Aku selalu doakan persahabatan ini tidak akan pernah berakhir hinggalah ke akhir hayat aku. Diaorang ni dah macam separuh dari darah n daging aku. Tanpa diaorang ni, rasanya hidup aku tak cukup sempurna. Friendship ini will never end. Amin.






Sahabat pertama aku ialah Niel Mark John (Muhammad Zulfikar Daniel). Seorang yang berbadan sasa. Al-maklumlah tulah hobinya. Bina semua muscle-musclenya. Hehehe... aku kenal dia sejak aku masuk tingkatan 4. Masa tu aku di kelas 4 Dinamik. Aku pun tak pasti macam nalah ley jadi kawan rapat sampai sekarang. Tapi aku happy ada kawan macam dia. Berani pun berani. Gilak pun gilak juga. Banyak masa aku habiskan dengan dia dari form 4 sampailah habis STPM. Gaduh pernah gak. Aku ingat lagi kami suka men tumbuk-tumbuk lepas tu tertumbuk mukanya. Apa lagi, hampir gaduh betul-betul time tu. Kalu aku lawan dia, sah2 aku kalah. Badan dia dah besar. Aku ni nduk bha, kering. Tulang Jak ada. Hahaha... Neil ni aku dah anggap macam abang aku sendiri. Aku respect ngan dia walaupun kadang-kadang dia ni ndak betul juga. HAHAHA Neil selalu cerita cita-citanya and impiannya. Aku harap apa yang di impikannya dia akan capai. Tu doa aku untuk kawanku yang seorang ni. Dengan dia ni, kerja baik or jahat(yang tak berapa baik) semuanya kami wat sama2 (Adalah juga geng2 lain). Masa berlalu dengan cepat, sekarang ni aku dan dia jarang gak jumpa tapi ikatan as best friend tu kekal samapi kami mati. InsyaAllah. Tahun 2010 bulan Julai, dia dah pun berkahwin dengan gadis dari penang. Pilihannya sendiri. Even aku tak kenal banyak tentang gadis tu tapi aku doa diaorang dua always bahagia. Aku harap isterinya akan jaga dia dengan baik.

Sahabat aku yang kedua,Joevan C. Palermo (Muhammad Johan Nasrullah). Aku kenal dia melalui abangnya Neil. Dia baru masuk SMK Tawau sebab sebelum ni dia belajar di SMK Kabota. First2 tu macam tak masuk juga tapi lepas kenal hati budinya, dia okay. Biasa bila waktu rehat dia datang lepak dengan aku. Kami dua jarang g kantin. Xda duit mau beli makanan. Kami biasa lepak jak mana-mana area yang ndak ramai orang. Bergurau dan kutuk-mengutuk ni dah jadi biasa dengan kami. Gilak pun gilak juga orangnya. Dia selalu cakap ndak best lepak dengan budak kelasnya. Budak-budak pandai. Rendah diri juga orangnya. Tu yang boleh masuk. Aku ni manalah suka kawan dengan orang bangga diri dan berlagak. Serabut. Macam mau tumbuk jak kasi pecah mukanya. (Ops keluar tajuk!) Aku selalu belajar math dengan dia. Dia bijak math. Aku dapat score SPM pun sebab dia selalu tolong ajar aku, kalu x, lingkup juga math aku. Aku manalah suka math. Pening kepala. Hahaha Aku dulu pernah merantau sekali dengan c joe ke KL. Kami kerja kilang. Ndak gila apa mau kerja jauh2, mau cari pengalaman kunun. Banyak kami lalui sama2 time tu, gaduh. Tak bertegur. Bengang. Dan macam-macamlah tapi persahabatan tu teguh. Tu yang bestnya. X lama juga kami kerja situ, kami dapat surat masuk U. Masing-masing masuk U. U lain2, dia dapat UMS. Aku dapat UUM. Jauh. Terpisah sikit tapi kami ok jak. Persahabatan kekal sampai nafas terakhir. Insyaallah. Untuk planning akan datang nampaknya kami berdua jugalah yang akan bersama mengharung hidup lagi. Joe punya cita-cita nak jadi polis. Inspector. Sekarang ni pun dia dah jadi Inspector lepas ditauliahkan di bawah Suksis. Aku doa ko capai apa kau mahu sahabatku. Jangan lupa aku kalu kaya nanti. Heehehe



Noor Shahira Sophian, sahabat aku yang last and paling muda. Dia baru jak masuk UMS – sem 1 baru. Aku kenal dia melalui Unit Uniform di sekolah. Masa tu kami sama-sama masuk Unit Uniform ‘Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (laut)- PKBM(L)’. First aku tertarik nak amik dia jadi angkat tapi mak ai.... dia ni sumbung tahap dewa. Ndak melayan langsung bha. Lepas dia ndak melayan tu, aku jadi malas. Ndaklah aku peduli sudah dia. Satu hari tu, lepas latihan kawad. Dia minta teman dengan aku p stesen bas K.K. Katanya Maknya mau p K.K jadi aku temanlah. Masa tu petang lagi, jadi kami duk di tepi Hyway sambil cerita sambil tunggu maknya sampai di stesen tu. Mas tulah kami berbual panjang dan aku berjaya ajak dia jadi kawan aku, adik angkat aku. Pastu aku fikir2 balik yang shasha ada sedikit persamaan dengan aku, joe dan Neil. Kami semua ni datang dari family yang susah actually. Mungkin sebab tu kami cepat jadi kawan. Start hari tu mulalah kami jadi sahabat. Aku kenalkan dia dengan joe dan Neil. Best gila bab yang lain pun setuju sama jadi sahabat. Hehehe tapi Neil dan shasha xrapat macam aku dan joe. Neil jarang ada bila shasha ada. Hehehe... ndak taulah napa. Kah3. Time rehat di sekolah, aku dan Joe selalu g kelasnya. Ajak dia join kitaorang lepak bab dia pun tak g kantin masa rehat. Time ni r kami makin rapat. Sampai sekarang ni kami selalu berhubung melalui mesej. Dia ni selalu rasa keseorangan. Kesian dia sebab kami selalu jauh dari dia. Sekarang ni dia dah masuk U. Harap2 dia janganlah selalu rasa kesepian. Dia sebenarnya tak tahu yang doa kamiselalu dekat dengan dia. Shasha ni kuat merajuk tapi dia jugalah satu-satunya perempuan yang paham hati aku. Sebab tu aku sayang dia. Suka buat lawak dan bikin panas kadang-kadang. Perangai gilak-gilak juga nie. Nampaknya tudungnya labuh hahaha... degil pun degil. Aishh... apalah...!!! Apapun Sha... abang dan abang2 mu yang lain semua selalu doakan ko selalu happy. Tak mau ko sedih2,k! We always be with u when u need us. Remember it. Okay dear!

Hurmmmmmmmmmmm...........
Yang tak bestnya sekarang nie, aku, Johan, Sha dan Neil berjauhan antara satu sama lain. selain family n Zety, aku memamg rindu ngan diaorang nie. xtaulah bila lah dapat kumpul lagi macam dulu. Neil pun dah ada hidupnya sendiri sekarang. Tanggungjawab dia pada rumahtangganya.Johan plak masih belajar d UMS. adiyaiiii... lambat lagi mau habis... si shasha lagilah lambat... macam-macam betul. huhuuhu... apa pun aku rindu korang selalu. harap sangat dapat kumpul laik macam dulu baru happening kan? huhuhuhuhu.....