To All Muslimin And Musliman

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu...."

My LoVe




Doa cinta

Seandainya telah engkau catatkan bahawa lelaki itu telah engkau ciptakan buatku… maka, engkau satukanlah hatiku dengan hatinya... Kurniakanlah kepada kami berdua akan kebahagiaan yang tiada terhingga... Dan ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Seiringkanlah langkah kami berdua dalam melayari kehidupan bersama di duniamu ini…

Akan tetapi Ya Allah… Seandainya telah engkau tuliskan bahawa takdirku sebenarnya dia bukanlah engkau ciptakan buatku..maka, jauhkanlah dia dari pandanganku mataku Luputkanlah ia dari mindaku… Dan jauhkanlah jiwaku aku dari kekecewaan...

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….

tabahkan hatiku.. temukanlah diriku dengan ketenangan.. kurniakanlah diriku dengan seribu kekuatan agar diriku bisa menahan segala kepedihan... Jauhkanlah bayangannya dari membelenggu lubuk fikiranku... padamkanlah segala kenangan-kenagan yang kami telah ciptakan bersama.. redhakanlah hatiku dengan perpisahan itu..

Dan ya Allah yang tercinta..
gantilah dia yang telah hilang…Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… meskipun yang baru tidak sama dengan yang telah pergi..

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya aku tahu apa yang telah engkau takdirkan keatasku adalah yang terbaik buat ku…kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah..Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Jauhkanlah aku dari leka dengan godaan dunia, kemaksiatan dan kemungkaran…

Kurniakanlah aku seorang pasangan yang berilmu,beriman dan bertaqwa…yang menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati sebagai pengganti kepada dia dan aku yang telah engkau pisahkan..
Sejahterakanlah kami sekeluarga dalam menempuh kehidupan bersama... Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku zuriat yang soleh dan solehah…

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .
(Tuesday, July 13, 2010)



C dia cintaku
Cinta yang ada di dalam hatiku begitu besar buat c dia walaupun c dia hanyalah yang kelima dalam prioriti hidupku. Aku sangat mencintai c dia dan ingin ku jadikan dia permaisuri di dalam hidupku suatu hari nanti. Aku juga sangat mempercayainya semenjak kali pertama mengenalinya. seorang gadis manja yang baik dan terpelihara sifatnya. Mengenalinya membuatkan aku rasa sangat bahagia. Malah aku kerap kali mengucap syukur kerana memiliki hatinya sebagai kekasihku.

Dalam hubungan cinta sebegini, xkan ada yang sempurna. pertengkaran tetap terjadi. Masihku ingat lagi kata cikgu Sulaiman, "Dalam sebuah hubungan yang sempurna ialah hubungan yang berlaku sedikit konflik dan banyak tolak ansur". aku selalu ingat apa yang cikgu sulaiman cakap tu sampai kini. Dan aku dalam hubungan cinta bersama c dia dan konflik tetap terjadi. Biasa r Tu. Namun aku selalu ajak dia berbincang dan nyatakan ketidakpuasan hatiku dengan cara yang baik dan lembut dengan niat agar c dia tidak akan terguris dengan kata-kataku.
Aku ingin menjaga hatinya sebaik mungkin even aku yang terluka kerana aku terlalu menyayangi dia. Andai dia terluka. itu hanya akan membuatkan aku jauh lebih sakit. Aku tak sanggup. Melihat wajahnya murung saja membuatkan aku rasa sakit tak terhingga di dada ini. Bila dia menangis maka menangis juga aku kerana aku takkan sanggup melihat setitis air mata yang jatuh hanya d sebabkan aku.

Aku pernah terfikir andai aku kehilangan dia suatu hari nanti. Apa akan jadi padaku? hati ku ini sudah ku berikan sepenuhnya pada dia. Aku pasti akan membujang hingga ke tua tanpa dia di sisi ku lagi.
Aku pernah bercinta sebelum ni namun kali ini aku merasakan kelainan. Adakah Allah telah menunjukkan aku bahwa c dia adalah jodoh ku. Selalunya perempuan akan meninggalkan aku. dalam hubungan ini juga, aku juga risau andai dia meninggalkan aku kerana mencari kesempurnaan hidup bersama orang lain. Aku hanyalah seorang perantau miskin yang tak pernah sempurna hidupnya. Aku harap dengan dia di sisi ku, aku akan merasakan kesempurnaan yang aku tak pernah rasakan. kebahagian yang indah yang selalu aku impikan.

Ya Allah... peliharalah hubungan kami ini dan dirinya agar c dia sentiasa baik-baik. sesungguhnya Engkaulah yang maha kuasa dan melindungi hambanya dari segala keburukan. Ya Allah... Engkau panjangkanlah jodoh kami dan jadikanlah kami sebagai pasangan yang Engkau takdirkan. sesungguhnya Engkau maha mengetahui tentang hatiku yang sangat menyayanginya dan mencintainya. Hanya pada-Mu, hambamu yang hina ini akan menadah tangannya dan memohon permintaannya di dalam hidup.
Amin ya Rabbal Alamin.
(Tuesday, July 27, 2010)



Impian Aku dan Dia ~ JasZety

ImpianKu
1)Impianku ialah dapatkan kerja yang baik yang boleh mendapat pendapatan yang lumayan.
2)Impianku ialah buka perniagaan sendiri ~ “Jasdien Interactive Cafe” yang ada wireless slot, cafe, computer Slot, Aksesori Slot dan Development Team yang kuat.
3)Impianku ialah mau memastikan setiap ahli keluargaku memiliki hidup yang baik dengan hasil peluhku. Mau diaorang hidup senang sebab selama ni susah jer diaorang punya hidup.
4)Impianku ialah berkahwin dengan Nur Izzati Bte Saidin.
5)Impianku ialah mempunyai dua orang anak bersama isteri tersayang.
6)Impianku ialah untuk jaga isteri dan anak-anak hingga akhir hayat
7)Impianku ialah hidup dalam keimanan.
8)Impianku ialah mati juga dalam keimanan.

Impian Zety

1)Impian Zety ialah satukan umi n abah before zety meninggal dunia( bukan nak suh diaorang rujuk balik, just berbaik-baik di antara satu sama lain sebab pas diaorang bercerai n sampai sekarang diaorang x bercakap langsung)
2)Impian Zety ialah kahwin dengan Bahruddin Bin Hatta
3)Impian Zety ialah nak rumah tepi laut or pantai
4)Impian Zety ialah nak beli sebuah KERETA (HILUX)
5)Impian zety ialah nak dapat 4 orang anak(2 lelaki n 2 perempuan)
6)Impian Zety ialah nak dapat anak kembar
7)Impian Zety ialah nak ada dusun buah-buahan sendiri - mau tanam buah-buahan.
8)Impian Zety ialah nak bahagiakan family Zety.
(Sunday, September 5, 2010)



Merdeka dan Bulan Ramadhan Bersama ~ JasZety


Isnin,30th August 2010
1500 - jumpa kat jety
1540 - jalan g tesco extra - beli barang bb dia nak masak untuk aku (untuk berbuka)
1615 - jalan2 kat sunshine. beli stokin bb kaki melecet bha n amik jeans member dia
1925 - berbuka bersama dia, bb n hadi (pakwe bb)
2200 - tengok laut di dekat jety feri

Selasa, 31st August 2010
0000 - sambut merdeka di padang kota
0300 - beli nasi lemak kat subaidah
0400 - makan sahur sama2
1100 - g taman rama-rama
1230 - batu feringgi... tgk laut (best!!!)
1400 - jalan2 di komtar mall
1500 - nek feri g jety
1600 - aku balik n dia pun balik...
(Thursday, September 2, 2010)



Aku yang mengguris hatinya
Aku tidak pernah ingin mengguris dan melukakan hatinya. sesungguhnya aku tidak pernah ada niat sedemikian rupa. Aku mahu dia selalu gembira. Gembira setiap masa bersama dengan aku. Kesedihannya hanya akan membuatku bertambah sakit setiap masa. aku xkan sanggup melihat air matanya jatuh mengalir hanya sebab aku. setiap titisan air mata yang jatuh itu hanya akan menambah rasa bencinya terhadap diriku. Aku juga tak sanggup adanya benci daripada orang yang aku sangat aku cintai. Aku mahukan cerita cinta selalunya indah namun aku tetap hanya manusia biasa. tetap xkan lari daripada masalah dan konflik. Aku sayangkan hubungan ini. dan aku tahu dia juga sangat menyayangi aku. menyayangi hubungan ini.
Wahai gadis yang satu-satunya yang ku cintai. sesungguhnya aku tak berniat untuk melukakan dan membuatmu marah. Aku harap kamu akan maafkan aku. maafkan kesilapan dan sikapku. MAAFKAN AKU WAHAI KEKASIHKU. (Saturday, July 24, 2010)



Rahsia bulan kelahiran~ JasZety

Januari(aku)
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik,Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan,Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur,Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.,Pandai mengambil hati orang lain,Pendiam kecuali telah dirangsang,Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi,Mudah mendisiplinkan diri sendiri,Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema,Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya,Cukup sayang pada kanak-kanak,Suka duduk di rumah,Setia pada segala-galanya,Perlu belajar kemahiran bersosial,Sifat cemburu yang sangat tinggi.

November(C dia)
Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
(Tuesday, July 27, 2010)



L.O.V.E



















(Thursday, September 2, 2010)



Sajak Pertamaku Buat C Dia
Actually bukanlah sajak tapi suara hatiku saat aku mula jatuh hati padanya...

"zety...
aku suka senyummu.... ada kemanisan madu di dalam senyum itu....
aku suka keningmu yang tebal... ada ciri wanita yang menjaga dirinya....
aku suka saat kamu diam... sebab ada keimanan di sebalik itu...
namun aku tak kenal dirimu...
aku mencipta beribu andaian....
aku ingin kenal kamu...
izinkan aku menjadi temanmu...
berkawan dengan mu....
dan berkongsi suka dan duka bersamamu.
andai ada kecacatan yang membuat ku tidak layak
untuk bertemankan kamu....
ucaplah... agar aku tahu....
agar aku mengerti yang aku tak punya ruang di sisimu...
dan cukuplah aku terus dan sentiasa melihat sebuah senyuman darimu...
keningmu yang kemas dan diamnya seorang gadis
yang ada padamu.