To All Muslimin And Musliman

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu...."

Saturday, July 10, 2010

Aku Yang Dambakan Zulaikha



Aku suka zulaikha. Aku ingin menjadi yusuf yang diciptakan Zulaikha untuknya. Aku cemburu mengapa bukan aku yang menjadi yusuf. Namun aku sedar ini semua takdir Allah. Aku bukan di jadikan sebagai yusuf kerana aku tidak layak untuk Zulaikha. Dan aku tidak semulia yusuf untuk aku berdampingan dengan Zulaikha yang cantik paras rupanya dan setia pada kekasihnya. Beginilah aku di saat aku membaca cerita atau mendengar cerita tentang NAbi Allah Yusuf yang diciptakan zulaikha sebagai permaisurinya. Aku iri tapi aku juga tahu aku tak layak. Mungkin juga Allah akan menghadiahkan aku seorang Zulaikha walaupun aku bukan yusuf. Mungkin juga Allah akan menghadiahkankan aku seorang yang bernama Aisyah, Fatimah, Nurfatihah, Aminah, Izzati, khadijah dan apa jua namanya dan gadis itu ada Zulaikha di dalam hatinya, di dalam dirinya. Aku menjadi dayus untuk memiliki seorang Zulaikha. Mungkin ini terjadi saat hati aku berkecai kerana seorang gadis yang aku berikan cintaku dan telah menghancurkannya tanpa sedikit pun rasa bersalah. Mungkin saat itu juga hatiku terdetik untuk mencari seorang Zulaikha. Kerana Zulaikha adalah gadis yang beriman kepada Allah, cantik rupa parasnya, baik budi pekertinya, lembut tingkahnya, sopan tutur katanya dan setia kepada kekasihnya. Namun masih adakah gadis seperti Zulaikha itu yang mempunyai cirri-ciri itu pada zaman ini. Masihkah ada gadis yang terpelihara akhlaknya, terjaga imannya, menjaga bicaranya dan tingkah lakunya? Pada zaman ini, banyak yang hilang akhlaknya, diabai imannya, kasar bicaranya, menduakan pasangannya, buta kerana wang dan kekayaan, hilang tanggungjawabnya pada Allah dan sesama makhluk. Tapi secara positifnya, aku tahu masih ada Zulaikha yang aku dambakan itu. Pada zaman apa pun, pasti Zulaikha itu wujud. Mesti ada gadis yang terpelihara dirinya oleh Allah SWT. Mungkin Zulaikha itu bukan seratus peratus Zulaikha tapi sudah memadai bagi insan serba kekurangan sperti aku untuk memiliki Zulaikha yang Allah pelihara akhlaknya. Aku tidak memilih sangat. Aku Cuma mendambakan yang terbaik. Jika di takdirkan gadis yang tidak memiliki sifat seperti Zulaikha pun. Aku tetap akan redha. Tapi selagi aku belum bertemu jodoh dan takdir Allah belum menentukan apa-apa buatku. Biarlah aku berusaha mendapatkan Zulaikha yang aku inginkan. Jika aku mendapatkannya satu hari nanti, pasti akulah orang yang paling bahagia. Persoalannya sekarang, adakah aku akan berjumpa dengan gadis seperti Zulaikha itu? Adakah aku layak untuk memiliki Zulaikha yang terpelihara akhlaknya? Adakah aku cukup ilmu untuk membimbingnya seperti mana Nabi Allah Yusuf? Layak dan Mampukah aku?

No comments:

Post a Comment